IN TRANSLATION, PRECISION MATTERS

Trusted Advisor in Providing Localization Solutions

Sebagai salah satu pembekal perkhidmatan penterjemahan dan penyetempatan industri, EC Innovations, Inc. menumpukan sepenuh usaha dalam membantu perusahaan dan organisasi untuk mengatasi rintangan bahasa serta budaya. Bersandarkan kemahiran profesional dan pengalaman luas dalam bidang ini, EC Innovations menyediakan penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan khusus setiap pelanggan. Faktor ini serta gandingan perkhidmatan berkualiti tinggi berjaya memperoleh sokongan dan kepercayaan berpanjangan daripada para pelanggan.

EC Innovations ditubuhkan di Beijing, China, pada bulan April 1997 dan sehingga kini telah membuka pejabat-pejabat cawangan di Shanghai, Shenyang, Chengdu, Taipei, Tokyo, Seoul, Singapura, Boston dan Chicago. EC Innovations, Inc. turut dianggap sebagai peneraju pembekal perkhidmatan bahasa di APAC dengan sokongan 250 kakitangan bahasa dan pasukan pengurusan dalaman serta lebih 3000 pakar bahasa di seluruh dunia setiap hari.

Terjemahan, Terjemahan Kreatif dan Tafsiran

Penyetempatan & pengujian perisian dan laman web

Penerbitan dan pencetakan desktop

Multimedia & Perisian Kursus

Mengapakah EC menjadi pilihan?

Perkhidmatan sehenti berorientasikan pelanggan:

EC Innovations menyediakan satu titik hubungan untuk semua keperluan bahasa pelanggan.

Selain itu, kami turut menyediakan penyelesaian yang disesuaikan untuk para pelanggan dengan keperluan yang kompleks. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan reputasi EC Innovations di kalangan para pelanggan kerana penghantarannya yang berkualiti tinggi serta memastikan kadar pengekalan pelanggan berada pada tahap yang membanggakan, iaitu melebihi 95% sepertimana yang diukur sepanjang tempoh lima tahun. Kami turut menjadi rakan kongsi strategik jangka panjang bagi kebanyakan syarikat Global 500 dan vendor penyetempatan berbilang bahasa.

Komitmen terhadap Kualiti:

Kami berpegang teguh atas kepercayaan “Kualiti ialah majikan yang membayar gaji kami”. Kepantasan, standard dan kualiti tinggi menjadi asas perkhidmatan EC Innovations yang diiktiraf dan dipandang tinggi dalam industri. EC Innovations telah menyediakan satu sistem pengurusan projek dan jaminan mutu yang lengkap yang turut dihubungkan kepada penilaian prestasi pakar bahasa. Dari permulaan hingga ke penghujung projek, setiap langkah boleh dijejak dan dikawal selain turut memastikan semua terjemahan melalui proses penyuntingan dan jaminan mutu yang ketat sebelum penghantaran.

Teknologi Canggih serta Mudah Digunakan:

EC Innovations turut memberi penekanan terhadap pembangunan dan penggunaan penyelesaian teknikal yang inovatif. Prosedur dalaman dan urusan pelanggan kami membantu mengurangkan tugas manual apabila pengurusan projek penyetempatan diautomasikan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan memberikan penjimatan besar atas perbelanjaan dan masa. Kami menggunakan teknologi berasaskan modul, bukan satu penyelesaian untuk semua, yang membolehkan penyelesaian disesuaikan dan digunakan untuk memenuhi segala jenis keperluan khusus pelanggan kami.

Komitmen terhadap pekerja kami dan mengembangkan potensi sebenar mereka:

Di EC Innovations, kami beranggapan bahawa pekerja ialah harta paling berharga dan merupakan kelebihan berdaya saing kami yang paling utuh. Sebagai sebuah syarikat antarabangsa, kami sentiasa mencari pekerja yang berbakat di seluruh dunia. Pekerja kami memiliki pelbagai pengalaman, latar belakang dan kemahiran—semua ini menyumbang terhadap pembentukan persekitaran kerja kami yang terangkum serta berbilang budaya. Kami memberi penekanan terhadap pembangunan dan pencapaian pekerja kami serta menghormati perbezaan, keperibadian dan perwatakan mereka. Atas segala usaha ini, EC Innovations telah berjaya mengekalkan kadar pusing ganti pekerja yang rendah dalam industri dengan tempoh purata pekerja kurang daripada dua tahun.

Pensijilan :

EC Innovations disahkan ISO9001:2008.

Anugerah :

2011, disahkan SAP Language Service

2011, Dianugerahi Pembekal Cemerlang oleh Siemens

2010, Penganugerahan Ahli Korporat 10 Teratas oleh Translators Association of China (TAC – Persatuan Penterjemah Negara China)

2010, Penganugerahan Institusi Paling Berpengaruh dalam Industri Pendidikan Bahasa Inggeris oleh China Daily

2009, Penganugerahan Ahli Korporat 10 Teratas oleh Translators Association of China (TAC – Persatuan Penterjemah Negara China)

2009, Dianugerahi Pembekal Cemerlang oleh Siemens

Kerjasama :

EC bekerja secara usaha sama dengan School of Interpreting and Translation, Beijing International Studies University (Jabatan Tafsiran dan Terjemahan, Universiti Kajian Antarabangsa Beijing).

EC bekerja secara usaha sama dengan School of Foreign Languages, Beijing University of Aeronautics and Astronautics (Jabatan Bahasa Asing, Universiti Aeronautik dan Astronautik Beijing).

Seiring dengan peranannya sebagai peneraju penyetempatan bahasa dan perkhidmatan penterjemahan di Asia, EC turut terkenal dengan reputasi cemerlang di kalangan pelanggannya atas perkhidmatan berkualiti tinggi yang diberikan. Berikut ialah beberapa ulasan daripada para pelanggan kami:

"Usaha EC dalam memberikan perkhidmatan yang pantas dan bertanggungjawab amat saya hargai, terutamanya ketika saya mempunyai permintaan atau projek yang penting. EC benar-benar cemerlang dalam sokongan yang sentiasa diberikan kepada saya!”

Ulasan daripada Waters Corporation

"Semua pengurus projek yang bekerjasama dengan saya hebat-hebat belaka! Mereka sungguh peramah dan mesra serta seolah-olah tidak pernah berhenti bekerja. Terbaik!”

Ulasan daripada Siemens

"Sila lihat maklum balas yang dilampirkan untuk Bahasa Cina Mudah dan Tradisional yang anda hantar kepada kami. Kami sungguh berpuas hati dengan kerja anda!!” "Saya telah menerima maklum balas tentang panduan Bahasa Cina Mudah T991. Sekali lagi, mereka amat berpuas hati dengan terjemahan dan tiada sebarang pembetulan!"

Ulasan daripada projek PTC

"Inilah terjemah yang terbaik pernah Tivoli terima."

Ulasan daripada projek IBM

"Segala-galanya, daripada proses, interaksi bersama pelanggan, masa penghantaran dan nisbah harga-kualiti anda adalah yang terbaik. Industri kami amat kompleks; kerjasama anda bersama pakar teknikal kami di China berjalan dengan lancar sekali."

Ulasan daripada EXFO

"Sungguh menyenangkan berurusan dengan EC, sentiasa memberikan kualiti terbaik pada harga yang kompetitif. Saya amat menghargai segala sokongan yang saya terima daripada anda.”

Ulasan daripada SUN
Copyright ©2015 ECI Innovations, Inc. All rights reserved.