关闭

Maklumat selanjutnya dalam bahasa Inggeris »

DALAM TERJEMAHAN, KETEPATAN ADALAH PENTING

Penasihat yang Dipercayai dalam Menyediakan Penyelesaian Penyetempatan

iso

Tentang kita


Selama 20 tahun, EC Innovations telah memperkasakan komunikasi untuk banyak syarikat multinasional terkemuka. Kini, EC Innovations telah berkembang menjadi 3 ibu pejabat serantau (Beijing, Budapest dan Wilmington) dan 11 pejabat satelit yang mempunyai kedudukan strategik, dengan lebih 5,000 ahli bahasa yang menawarkan sokongan penyetempatan penuh ke dalam 60+ bahasa dan 260 tempatan.

Dengan penyelesaian Automasi Proses Penyetempatan (Localization Process Automation, LPA), bakat, pengalaman dan kepakaran kami serta perkhidmatan yang datang tulus dari hati, EC Innovations membantu anda memasuki pasaran global secara efektif.

satisfaction

Kepuasan Pelanggan

qualified

Ahli bahasa

language

Dukungan Bahasa

global

Top 50 Global

 
Kecermelangan EC Innovations

Komitmen terhadap Kualiti

Kualiti adalah asas budaya kami dan untuk itu, EC Innovations menggunakan Sistem Pengurusan Kualiti yang diperakui ISO 9001 & ISO 17100, serta Program Anugerah & Kelayakan Linguistik yang sangat dipandang tinggi, yang mana semua ahli bahasa kami diwajibkan lulus. Metodologi yang telah terbukti, teknologi yang termaju dan standard kualiti tinggi adalah ciri-ciri yang membezakan kami dengan para pesaing kami. Perkhidmatan cemerlang kami telah membantu kami membentuk satu hubungan jangka masa panjang dengan banyak syarikat Fortune 500 terkemuka dunia termasuklah Siemens, Rockwell Automation, GE, SAP, Info, Hewlett Packard Enterprise, Waters, Agilent Technologies, serta bintang-bintang yang baharu bersinar seperti EA, Gameloft dan Games Workshop.

Komitmen terhadap Para Pekerja Kami

Di EC Innovations, pekerja kami adalah kekuatan terbesar kami dan kelebihan daya saing yang paling bertahan lama. Sebagai sebuah syarikat bertaraf dunia, kami mengambil bakat-bakat dari seluruh dunia. Para pekerja kami mempunyai pengalaman, latar belakang dan kepakaran yang meluas—yang membantu membentuk tempat kerja kami. Kami komited terhadap pembangunan, kemajuan dan perbaikan keaslian, keperibadian dan personaliti para pekerja kami. Hasilnya, EC Innovations bangga menjadi perusahaan dengan pergantian karyawan yang relatif rendah dalam industri kami. Pasukan berdedikasi kami akan memberikan khidmat kepada anda untuk satu jangka masa yang panjang dan perbaikan perkhidmatan yang berterusan, dan kebanyakan hubungan dengan pelanggan kami telah bertapak lebih dari 10 hingga 15 tahun.

Rekod Kepuasan Pelanggan

Sebagai penyedia penyelesaian bahasa terkemuka, EC Innovations mempunyai reputasi cemerlang di kalangan para pelanggan kami dalam perkhidmatan berkualiti tinggi yang diberikan. Selama lebih daripada dua dekad, kami telah menjadi rakan niaga perkhidmatan bahasa strategik jangka masa panjang kepada banyak syarikat Global 1000. Kadar pengekalan pelanggan VIP kami adalah 100% apabila diukur sepanjang tempoh 20 tahun. Peratusan pertumbuhan terbesar adalah daripada para pelanggan sedia ada kami yang telah mengesyorkan kami kepada rakan-rakan niaga mereka.

Teknologi Bermodul lagi Mudah Digunakan

EC Innovations memberi penekanan yang kuat terhadap pembangunan dan penggunaan penyelesaian inovatif. Teknologi dalaman dan disesuaikan pelanggan kami meminimumkan pengurusan projek penyetempatan dengan mengautomasikan banyak tugas-tugas manual, yang menghasilkan penjimatan kos dan masa yang ketara. Teknologi kami adalah bermodul, berbeza dengan 'satu saiz untuk semua,' dan digunakan bagi memenuhi setiap keperluan khusus para pelanggan.

Unit Perniagaan Industri Berdedikasi

EC Innovations mempunyai 8 bahagian. Setiap bahagian hanya berkhidmat untuk satu industri. Para ahli bahasa, penulis iklan, pengurus projek bahagian, mempunyai pengalaman amali dan pengetahuan industri sepenuhnya. Kami memberikan perkhidmatan penyetempatan dan terjemahan dalam 8 industri berikut:

  • Sains Hayat 
  • IT & Perisian
  • Permainan Digital
  • Perbankan & Kewangan
  • Automasi Perkilangan
  • Pelancongan & Hospitaliti
  • Elektronik & Telekomunikasi
  • Pendidikan & E-Pembelajaran

 
Pasukan terjemahan kami terdiri daripada penutur asli bahasa sasaran yang memegang peranan-peranan berikut:

  • Pakar bidang khusus (Subject-matter expert, SME): Dengan pengalaman dan pengetahuan terkumpul dalam industri yang berkaitan, para SME kami menyokong terjemahan dan penyelenggaraan istilah serta menjawab soalan-soalan teknikal daripada para penterjemah.
  • Penterjemah berkelayakan:Para penterjemah kami melalui penilaian yang berdasarkan kepada Laporan Kualiti Terjemahan (Translation Quality Report, TQR) kami dan kami mencuba sedaya upaya kami untuk menugaskan jenis produk yang sama untuk pelanggan yang sama kepada penterjemah.
  • Editor berpengalaman:Dengan pengalaman terjemahan yang terbukti selama bertahun-tahun, para editor kami adalah pakar dalam menggunakan alat Terjemahan Bantuan Komputer (CAT) berasaskan awan untuk menyemak semula dan melakukan suntingan dalam masa nyata supaya dapat memberikan maklum balas dan pengesahan dalam jangka masa yang sesingkat mungkin.
  • Pembaca pruf yang teliti:Berbekalkan pengetahuan latar belakang dalam industri yang berkaitan, mereka bertindak selaku pengguna akhir dengan menyemak semula terjemahan dengan pandangan baharu dan tanpa merujuk kepada kandungan sumber.
  • Penyemak Jaminan Kualiti:Pasukan QA kami akan mengambil 10% sehingga 20% sampel terjemahan bagi mengesahkan kualiti secara berasingan dan mengenal pasti potensi isu-isu kualiti.
  • Penyemak dalam negara atau penyemak pihak ketiga:Kebiasaannya diminta oleh para pelanggan yang bertindak sebagai jaminan tambahan kualiti terjemahan.
  • Ketua bahasa dalam negara:Bekerja bersama-sama dengan pasukan pengambilan dan pengurusan penterjemah kami untuk membina pasukan-pasukan penterjemah yang dikhususkan dan ditujukan khas untuk setiap pelanggan.
  • Pasukan DTP berbilang bahasa:Memastikan dokumen-dokumen yang diterjemah adalah mengikut pematuhan dan bersedia untuk diterbitkan dalam format yang betul.

Kelayakan


ISO17100

ISO17100:2015
 

ISO13485

ISO13485:2016
 

ISO9001

ISO9001:2015
 

asap

SAP PartnerEdge®
 

Teknologi inovatif (TBMS LPA) merealisasikan penghantaran yang berterusan

Kami telah membuat perbaikan ke atas sistem TBMS LPA kami secara berterusan selama lebih 15 tahun untuk memenuhi trend perniagaan dan keperluan pematuhan para pelanggan kami. Teknologi proprietari kami mendayakan automasi aliran kerja untuk pemindahan kandungan, penyediaan fail, sebutan harga segera, penyelenggaraan aset-aset bahasa, penilaian KPI, perlombongan data dalam membuat keputusan, penjanaan laporan kualiti terjemahan, antara lainnya. Perkara ini membolehkan kami memendekkan masa pusing balik dan merendahkan kos tanpa menjejaskan kualiti dan membuat penghantaran yang berterusan menjadi penyelesaian yang boleh dicapai. Rujuk TBMS LPA untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan Kami


  • Terjemahan Dokumen
  • Penyetempatan Perisian dan Laman Web
  • Penyetempatan Multimedia dan Perisian Kursus
  • Penerbitan Meja
  • Pengujianan & Kejuruteraan Penyetempatan
  • Perkhidmatan Perundingan Penyetempatan Produk
  • Interpretasi
  • Transpenciptaan
  • MT dan Pasca-suntingan

Testimonial


| Terms of Use | Privacy Policy